Baiklah pada post kali ini saya ingin menerangkan mengenai perbezaan ebook dan buku sebenar.Bagi mereka yang tahu mengenai hal ini tentu sekali menganggap artikel ini tidak memberi kepentigan kepada mereka,namun apa yang saya sendiri sedar dan lihat…ada juga mereka yang di luar sana tidak tahu membezakan ebook dan buku ini….Bagi mereka yang masih tidak memahami mengenai perbezaan ebook dan buku,saya harap artikel ini dapat membantu anda sedikit demi sedikit memahami mengenai ebook ini.
Buku

Tentu sekali anda memahami sepenuhnya apa itu buku,bentuk fizikal buku,apa yang kebiasaannya ada pada buku.Jadi saya rasa saya tidak perlu menerangkan secara lanjut mengenai buku ini.
E-book @ buku eletronik

Baiklah bagaimana pula dengan ebook?ebook atau juga dikenali sebagai buku eletronik merupakan antara salah satu cara untuk menyampaikan maklumat dan ilmu dangan cara yang lebih moden iaitu dengan menggunakan bahan eletronik.E-book kebiasaannya berbentuk fail .pdf,namun terdapat juga ebook yang hadir dalam format yang lain.Sama seperti buku sebenar yang kita pegang dan lihat selalu,ebook juga merangkumi pelbagai bidang contoh teknologi,masakan,panduan memasak dan sebagainya.
Mengapakah kebanyakan orang memilih ebook berbanding dengan buku sebenar?
- Mudah dibawa ke mana-mana tanpa perlu membebankan anda.
- Kemudahan hyperlink ,anda boleh terus ke laman web yang dinyatakan di dalam ebook tersebut jika ada sambungan internet.
- Mudah dihasilkan.
- Penghantaran yang mudah dan tidak memerlukan kos.
- Tidak mudah rosak.
- Sesuai untuk perniagaan,tidak memerlukan modal yang besar.
Namun terdapat juga kelemahan ebook ini,contohnya anda memerlukan peranti komputer untuk membacanya,tetapi anda boleh print ebook tersebut dan ia akan jadi sebuah Buku.
P/s : Jangan tersilap dengan hanya melihat cover ebook yang kelihatan seperti sebuah buku yang boleh dipegang,cover tersebut hanyalah sebuah contoh,cover tersebut dibina menggunakan perisian khas.

Saya dah download ebook kau, memang saya puji lah..
hehehe
Ini pandangan saya tentang penulis eBook yang menjual hasil tulisan mereka. Kadanng kadang saya makan hati juga dengan mereka..
Saya rasakan apa yang mereka jual tak sama nilai dengan produk mereka. Tanpa sebarang reputasi, mereka meletakkan nilai dagangan mereka pada harga yang sangat mahal (contohnya RM150) kemudian ‘menurunkan’ harga ebook mereka pada harga yang rendah (biasanya RM30 atau Rm20), kononnya mereka bermurah hati memberika diskaun. Dan kononnya tawaran itu hanya pada masa terhad. Disertakan juga testimoni kononnya pengguna teknik mereka menyatakan keajaiban produk mereka.
Degan cuma 10 atau 11 helaian e-Book, anda rasa berbaloi kah anda membayar RM40?
Oleh itu,sebelum membeli saya rasa kita semua patut mengetahui berapa helai ebook tersebut….Juga sebagai penjual + penulis ebook tersebut kita harus pastikan kualiti dan apa yang ditulis itu sampai kepada pelanggan/pembaca,saya rasa itu yg penting…tentu sekali kita tidak mahu beli ebook dengan harga mahal tanpa mendapat sebarang ilmu di dalam ebook tersebut(umpama membeli buku lukisan yang kosong
Jadilah pengguna/pelanggan yang bijak…
Sebelum membeli kita mesti tengok barang dulu.Dah puas hati baru bayar.