Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.
Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.
Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.
Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].
Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.
Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.
Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1″ untuk uninstall.Selesai.








selalu masalah nak uninstall ni berpunca dari apa tuan? sebab kita guna free trial atau macam mana?
sy tlah cuba tp msih x berjaya, bila run unistaller mintak password, msuk angka “1″ password incorrect, try again… betul ke cara ni?
Pembaca lain da try cara ini dan ianya berkesan…cuba uninstall perisian tersebut melalui add & remove yang ada pada Control Panel…
thanx..maklumat yg beguna..sy telah cuba.tp masih tak berjaya..ade kaedah lain?
salam 1malaysia,
mcmana nak hack p_word users dlm windows xp yg mana users adalah dlm ‘limited’ administrator
mungkin ada step yang saudara tertinggal…cuba lagi…
Thanx,aku dah berjaya remove antivirus . Aku mula2 tak dapat .tertinggal uninstall_Pwd=70. Skarang dah ok
lau pkai laptop palete mcmane???guna step ni, tak blhla…help me….
kalau tak boleh cara ni masuk regedit…
run : regedit
hkey_machine
sofware
trendmicro
pcIlin
Misc
Allow unistall (0) tukar kepada (1)