Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].

Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.

Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.

Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1″ untuk uninstall.Selesai.

Anda juga mungkin meminati:


Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros dan juga dikenali sebagai Khairilizwan @ Epeacetux.Dilahirkan pada 01/02/1989 di Kudat,Sabah.Berasal dari Kota Kinabalu,Sabah.Aktif dalam dunia blog dan laman web sejak tahun 2008 lagi. Menjalankan perniagaan online dan juga offline.Aktif dalam beberapa komuniti di Sabah seperti Sabah Open Source Group,Komuniti Usahawan Sabahan (SabahaNiaga.com),Komuniti Juruteknik Komputer Sabah dan banyak lagi.Kini penulis mula mengaktifkan diri dalam perniagaan internet sejak tahun 2010 lagi.

Advertisement

9 Responses to “Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan”

  1. Remedy

    Mar 31. 2010

    selalu masalah nak uninstall ni berpunca dari apa tuan? sebab kita guna free trial atau macam mana?

  2. farazi77

    Apr 13. 2010

    sy tlah cuba tp msih x berjaya, bila run unistaller mintak password, msuk angka “1″ password incorrect, try again… betul ke cara ni?

  3. E_peace6679

    Apr 16. 2010

    Pembaca lain da try cara ini dan ianya berkesan…cuba uninstall perisian tersebut melalui add & remove yang ada pada Control Panel…

  4. jebon

    Oct 18. 2010

    thanx..maklumat yg beguna..sy telah cuba.tp masih tak berjaya..ade kaedah lain?

  5. eTSM

    Nov 06. 2010

    salam 1malaysia,
    mcmana nak hack p_word users dlm windows xp yg mana users adalah dlm ‘limited’ administrator

  6. E_peace6679

    Dec 10. 2010

    mungkin ada step yang saudara tertinggal…cuba lagi…

  7. eri

    Jan 18. 2011

    Thanx,aku dah berjaya remove antivirus . Aku mula2 tak dapat .tertinggal uninstall_Pwd=70. Skarang dah ok

  8. ika

    Jan 25. 2011

    lau pkai laptop palete mcmane???guna step ni, tak blhla…help me….

  9. swsida

    Apr 29. 2011

    kalau tak boleh cara ni masuk regedit…

    run : regedit

    hkey_machine

    sofware

    trendmicro

    pcIlin

    Misc

    Allow unistall (0) tukar kepada (1)

Leave a Reply